Rabu, 13 Mei 2015

INFO SKKK:
Pada hari Selasa 19.5.2015 semua murid thn 1 hingga 6 dan PPKI akan pulang pada jam 12.30 tengahari. Ini kerana semua guru dan kakitangan akan terlibat dengan sambutan hari guru di Botanic Resort Club Klang.
INFO SKKK:
Latihan sukan akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh: 19 hingga 22.5.2015
Masa: 7.40 hingga 11 pagi
Pakaian: Baju sukan sekolah...
Penglibatan: semua murid
Selepas jam 11 murid akan belajar seperti biasa. Waktu balik juga seperti biasa.

Rabu, 4 Mac 2015

Bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM50 satu keluarga boleh mula membuat bayaran pada guru kelas masing-masing.Pembayaran bermula 2/3/2015 hingga 31/3/2015. Jika pembayaran telah dibuat, sila abaikan notis ini. TQ
INFO SKKK:RALAT PENDAFTARAN THN1 SECARA ON LINE HANYA BOLEH DIBUAT UTK SESI 2016.BAGI SESI 2017 BELUM DIBUKA ATAS SEBAB TEKNIKAL DAN PINDAAN DRPD JPN SELANGOR

Isnin, 2 Mac 2015

INFO SKKK:
Pendaftaran tahun 1 sesi 2016 dan 2017 boleh dibuat mulai 1 Mac 2015 melalui URL seperti berikut;
apps.moe.gov.my/esppsel/
Sekiranya ibubapa/ penjaga ada sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pihak sekolah melalui talian 03-51216436.

Selasa, 10 Februari 2015

INFO SKKK

Cuti sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2015

Tarikh : 17.02.2015 sehingga 22.02.2015

Hari     :  Selasa sehingga Ahad

Murid kembali bersekolah pada hari Isnin 23.02.2015



Terima kasih
Guru Besar