Khamis, 13 Mac 2014

INFORMASI TERKINI SEK KEB BUKIT KEMUNING - 
13 MARCH 2014

SHAH ALAM - Semua sekolah di daerah Klang diarah tutup esok ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)di daerah itu menunjukkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 233 pada pukul 5 petang tadi.

Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan penutupan itu pada Pejabat Pendidikan Daerah Klang sebentar tadi.

"Semua sekolah di daerah Klang diarah tutup esok dan akan dibuka semula bergantung pada bacaan IPU." katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - KOSMO.

Info PPD Klang : PENTING - Salam Sejahtera.  Perhatian kepada semua Pengetua & Guru Besar. Dimaklumkan semua sekolah di daerah Klang akan bercuti esok 14/3/2014 (berganti) atas faktor jerebu.  Arahan Dato Pengarah JPNS.  Pejabat beroperasi seperti biasa.  Sekian harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan