INFO SKBK :
Ruj Kami : SKBK 100-7/1/7(5)
PENGGUNAAN AKHBAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
MURID TAHUN 5 DAN 6
SEKOLAH KEBANGASAN BUKIT KEMUNING
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan mula menggunakan Akhbar Dalam Darjah (ADD) keluaran Berita Harian sebagai alat bantu belajar untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Akhbar tersebut akan dilanggan setiap hari Isnin, ianya akan digunakan sehingga hari Jumaat.
Sehubungan dengan itu, murid-murid diminta melanggan edisi ADD melalui akhbar Berita Harian yang ditempah oleh pihak sekolah dengan bayaran RM1.00 seminggu. Bayaran tersebut boleh dijelaskan melalui guru kelas.
Penggunaan Akhbar Dalaam Darjah (ADD) telah diterima dan dipersetujui semasa mesyuarat Agong PIBG.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami harapkan.
PN RADIAH BT IBRAHIM
SETIAUSAHA PIBG
SK BUKIT KEMUNING
Tiada ulasan:
Catat Ulasan