MAKLUMAN SISTEM SMS TELAH MULA BEROPERASI
Pihak sekolah dan PIBG ingin memaklumkan bahawa sistem SMS telah didaftarkan dan mula beroperasi pada 14Mac 2014. Sistem ini adalah bagi menyampaikan segala maklumat dan aktiviti sekolah kepada ibu bapa.
Jika tuan/puan sudah membuat bayaran serta memberi nombor telefon yang hendak didaftarkan tetapi masih belum menerima sebarang mesej daripada sekolah, sila isi maklum balas bersama nombor telefon yang akan digunakan sebagai rujukan. Tuan/puan yang sudah menerima mesej daripada sekolah melalui sistem SMS tidak perlu mengisi borang maklum balas tersebut.
Borang maklum balas SMS telah diberi kepada semua murid-murid.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan