PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING
MAKLUM BALAS KEPADA USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2014
MAKLUMAN UNTUK PARA IBU BAPA
Usul dan Cadangan yang dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG yang pertama tahun 2014
PERKARA : MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA TAHUN 2014
TARIKH : 8 MAC 2014 (SABATU)
1. En. Mohd Nazim bin Md Kasim
1.1 Menambah baik tempat meletak kereta ketika menghantar dan menunggu anak-anak balik dari
sekolah.
Guru Besar : Pihak sekolah telah memohon dengan MBSA tetapi tiada peruntukan.
Cadangan tebing (pulau) dipotong tetapi ada masalah kerana di bawah tebing tersebut ada
longkang besar, kos untuk tebing itu sahaja RM20,000.00
Penjelasan dalam mesyuarat AJK:
Guru Besar : Pihak sekolah telah memohon pada En Tan Ah Kau untuk membuang pulau
di hadapan sekolah seta memohon lampu jalan.
En. Mohd Nazim : Beliau boleh membawa usul ini untuk dipanjangkan kepada YB Suhaimi.
Tetapi memerlukan surat sokongan serta gambar yang berkaitan.
1.2 Memastikan kebersihan tandas.
Guru Besar : Jadual pekerja pembersihan tandas ialah 3 kali sehari, Masalah mesin rosak,
anggaran kos membaiki ialah RM6,000.00 . Pihak sekolah dalam usaha memohon menukar
kontraktor pembersihan. Ada kes, sekolah akan disaman oleh MPPJ kerana tandas kotor.
Penjelasan dalam mesyuarat AJK:
Guru Besar : Memaklumkan kos baik pulih paip pecah sebanyak RM330.00 . Ia telah pun
diperbaiki. Kerosakan untuk semua tandas murid, kos baik pulih sebanyak RM1,700.00
Kerosakan tandas guru, kos baik pulih sebanyak RM550.00. Ia telah dibaiki.
1.3 Mencadangkan kenderaan van sekolah dibenarkan masuk di dalam kawasan sekolah untuk
turunkan dan ambil murid. Ini kerana keselamatan murid yang menaiki van sekolah agar
lebih terjamin. Jadi murid yang menaiki van sekolah hanya tunggu di kantin tanpa tunggu di
tepi jalan besar.
Guru Besar : Cadangan yang bernas : AJK PIBG perlu mendapatkan maklumat mengenai
van yang berdaftar agar dapat mengeluarkan pas kebenaran. Dengan ini pintu pagar sekolah
akan dibuka kedua-duanya sekali.
Penjelasan dalam mesyuarat AJK :
Guru Besar : Cadangan ini telah dilaksanakan bermula 3 Mac 2014. Beliau memohon Biro
KSIB dapatkan nombor pendaftaran van-van sekolah yang terlibat. Van sekolah yang ada
surat daripada JPJ sahaja. Biro KSIB boleh kerluarkan sticker.
YDP : Mencadangkan untuk mewujudkan kembali pasukan RELA untuk membantu
kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah.
Guru Bear : Pasukan RELA bukanlah di bawah kuasa sekolah tetapi ia merupakan bidang
kuasa Kementerian Dalam Negeri . Sekolah yang berada di kawasan berisiko tinggi untuk
keselamatan murid sahaja akan disediakan pasukan RELA. Tetapi pihak PIBG boleh
membuat kutipan keselamatan untuk mengupah RELA.
2. En. Abu Bakar bin Budin
Mengambil berat kekurangan buku teks bagi murid yang belum menerima sepenuhnya buku.
En. Md Nasir : Memaklumkan semua murid telah smenrima semua buku teks kecuali murid
tahun 1 yang tidak mendapat penuh. Pihak sekolah kekurangan 16 buah buku teks BM tahun 1.
Unit SBT telah memanjangkan masalah ini ke pihak PPD, tetapi perlu menunggu peruntukan
baru (ia memakan masa).
Sebagi langkah penyelesaian, pihak PIBG akan mengusahakan untuk membeli buku yang tidak
cukup sebagai pinjaman kepada murid.
3. En. Saiful Nizam bin Gimen
Berharap Sukan Tahunan dapat dilaksanakan di sekolah sahaja. Ini memudahkan ibu bapa yang
mempunyai anak kecil dapat datang memeriahkan acara Sukan Tahuan.
YDP : Menjelaskankos dan tenaga kerja untuk melaksanakan sukan di sekolah lebih tinggi
berbanding menyewa di stadium. Apa Sukan Tahunan dijalankan di stadium dapat
meningkatkan lagi semangat murid-murid bertanding di stadium.
Guru Besar : Sukan Tahunan tidak dibuat di sekolah kerana faktor keselamatan. Ini kerana
keadaan padang yang tidak sesuai untuk membuat Hari Sukan. Malahan untuk membuat
Hari Sukan di sekolah, kekurangan tenaga mahir untuk membuat garisan di padang.
4. En. Ramli bin Md Daud
Membenarkan murid memakai kasut berwarna hitam waktu PJ.
Guru Besar : Pihak sekolah membenarkan murid memakai kasut hitam @ sport ketika waktu PJ,
tetapi setelah habis waktu PJ murid perlu memakai semula kasut putih.
5. En Rosley bin Said
Diharp dapat membuat pemantauan dikantin supaya setiap makanan yang dijual kepada pelajar
mestilah bersih, berkualiti dan sihat. Kurangkan penjualan makanan seperti nugget, sosej dan
makanan segera yang lain kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
PK HEM : Kementerian telah menetapkan terdapat 3 jenis makanan yang boleh dijual di kantin
sekolah iaitu, makanan yang dibenarkan, makanan yang tidak digalakkan dan makanan yang
tidak dibenarkan. Nuget, sosej dan burger merupakan dalam kategori makananyang tidak
digalakkan tetapi ia boleh dijual di kantin. Guru yang bertugas akan merasai dahulu makanan
sebelum murid makan. Pemantauan akan sentiasa dibuat oleh pihak sekolah.
6. En Ramli bin Saleh
Mencadangkan kelas tambahan tahun 6 dibuat pada hari JUmaat selepas waktu sekolah, pada
pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang. Ini boleh memberikan ruang untuk murid berehat
pada hujung minggu.
PK1 : Kelas tambahan tidak boleh dilaksanakan pada hari Jumaat. Ini kerana beberapa masalah
yang akan dihadapi ialah, transport murid tidak dapat menunggu kerana perlu menunaikan solat
Jumaat. Malahan guru lelaki yang terlibat dengan kelas tambahan pun perlu bersiap untuk solat
Jumaat. Hari yang paling sesuai untuk kelas tambahan ialah pada hari Sabtu.
7. Tuan Haji Mohd Rastam
Mencadangkan pihak PIBG menjalankan program sekolah untuk mengumpul dana serta
melibatkan semua guru dan ibu bapa.
Guru Besar : PIBG merancang untuk membuat Karnival Kantin dan Golf Amal. Ia akan
dimaklumkan kemudian.
8. Pn. Mimi Nur Liana Lim
Bersetuju dnegan candangan Tn. Hj Rastam. Salah satu cara untuk mendpatkan dana ialah buat
kutipan seperti "Ssfetyton". Ssasaran kutipan ini ialah untuk murid-murid yang menaiki basikal
atau motosikal. Kutipan tersebut akan digunakan untuk membeli helmet untuk murid yang
menaiki basikal dan helmet untuk ibu bapa yang menghantar anak menaiki motosikal. Program
ini perlu kerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
Guru Besar : Murid tidak boleh membuat kutipan yang berkaitan "Safetyton" ini. Para ibu
bapa yang sepatutnya membuat kutipan tersebut andai kata ingin membuat program tersebut.
9. Guru Besar : Memaklumkan kepada ibu bapa yang tidak ada anak di sekolah ini, masih boleh
menjadi "Ahli Bersekutu". Ibu bapa perlu mengisi borang dan akan dipanjangkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Terdapat satu permohonan daripada Pn. Mimi Nur Liana
Lim. Permohonan ini akan dipanjangkan ke JPNS.
10. Pn. Siti Aisyah
Menyatakan blog sekolah masih tidak dikemaskini, mengharapkan semua maklumat dapat
dikemaskinikan dalam blog sekolah. Ini memudahkan untuk ibu bapa dapat mengetahui
perkembangan sekolah.
Guru Besar : Blog sekolah akan diteruskan semula biar pun admin lama sudah tidak aktif .
Admin baru yang dipertanggungjawabkan ialah Pn. Norkhayati.
11. Guru Besar : Menjelaskan beliau lebih gemar mengunakan sistem SMS kerana tidak semua ibu
bapa dapat melayari internet untuk mengetahui perkembangan sekolah. Beliau mencadngkan
sekolah menggunakan sistem SMS berpusat dan setiap satu nmbor dikenakan RM10.00 setahun.
Diterima sebulat suara. Sistem ini akan dimulakan dalam bulan Mac 2014. Setakat ini pihak
sekilah berjaya mengumpulkan nombor ibu bapa yang bermiant sebanyak 186 nombor.
12. Tn Hj. Mohd Rastam
Menyatakan guru-guru di sekolah ini seringkali kesihatan stress dan kurang menunjukkan
wajah ceria kepada murid. Murid takut kepada guru kelihatan garang. Beliau mencadangkan
supaya mengadakan program motivasi untuk guru-guru.
YDP : Mengulas bahawa dana terhad dan mengharapkan bantuan daripada ibubapa.
Guru Bear : Menerangkan KPM mempunyai dasar untuk meningkatkan motivasi guru. Beliau
akan berusaha untuk menceriakan guru-guru di sekolah dan mewujudkan perasaan kasih sayang
kepada murid.
Beliau bercadang untuk membawa guru-guru membuat program "team buidling". Ini memohon
PIBG mendapatkan dana. Diminta Pn. Masnah bt Zainal membentangkan kertas kerja di
mesyuarat AJK akan datang.
13. Guru Besar : Memaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan Akhbar Dalam Darjah
(ADD) dengan melanggan surat khabar pada setiap hari isnin. Ini kerana terdapat sisipan Didik
di dalamnya sebagai salah langkah ulangkaji. Sasaran kepada murid tahun 5 dan 6. Bayaran
yang dikenakan ialah RM1.00 seminggu. Mohon semua ibu bapa dapat menerimanya untuk
dijalankan. Diterima sebulat suara.
14. Pn. Mimi Nur Liana Lim
Mencadangkan kutipan sumbangan PIBG dinaikkkan menjadi RM100.00 Cara pembayaran
ialah sebanyak 2 kali. Apabila dana PIBG banyak maka banyak program boleh dilaksanakan
anataranya memberikan sumbangan kepada guru-guru tanda terima kasih.
YDP : Memihin untuk mengekalkan sumbangan PIBG RM50.00 Mohon individu yang ingin
menghulurkan sumbangan untuk berjumpa secara peribadi dengan YDP.
Guru Besar : Kutipan sumbangan PIBG yang telah dipersetujui ialah sebanyak RM60.00
Guru Kelas akan menerima kutipan sumbangan selama 2 minggu, selepas itu Biro KSIB akan
membantu mengutip sumbangan PIBG di luar pagar atau pun kantin. Ini memudahkan ibu
bapa untuk membayar. Pn Roslina diminta menyerahkan senarai nama murid untuk diserahkan
kepada Pn Nadia (Biro KSIB). Para ibu bapa yang kurang mampu boleh membuar surat kepada
YDP.
15. Tn Hj Mohd Rastam
Mencadangkan sumbangan PIBG dinaikkan juga sebanyak RM10.00 menjadikan sumbangan
RM60.00. Makluman kenaikan kutipan ini tleah dipanjangkan ke pihak JPNS. Sehingga 8 Mac
2014. Bendahari belum menerima sumbangan peribadi yang dijanjikan oleh Tn Hj Mohd
Rastam.
16. En. Saiful Zaifizal
Menyatakan bagaimana cara pihak sekolah memantau barangan dijual oleh kedai buku, ini
menyebabkan murid tidak makan kerana memberli barangan di kedai buku.
Guru Besar : Beliau telah berjumpa dengan Pengurus Besar kedai buku dan meminta pihaknya
mematuhi peraturan jualan atau khidmatnya ditamatkan. Pihak sekolah akan memantau dari
semasa ke semasa.
PK HEM perlu war-warkan pada murid-murid perlu makan dahulu ketika waktu rehat, selepas
itu baru boleh pergi membeli di kedai buku. Harga yang dijual di kedai buku mengikut tender
yang telah dibuat.
17. Pn. Siti Aisyah
Mencadangkan aktiviti pertandingan sekolah tidak perlu memberi hadiah kepada murid tetapi
hanya memberikan sijil penghargaan. Ini kerana sijil lebih bermakna berbanding hadiah.
Guru Besa : Cadangan ini akan dipertimbangan untuk dilaksanakan. Ia juga boleh
menjimatkan kos, ini bergantung pada program atau pertandingan yang sesuai.
18. En. Jamaluddin
Mencadangankan nama sekolah ditukarkan menjadi Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning.
Disokong oleh : En Mohd Nazim bin Md Kasim
Sokongan sebulat suara ahli mesyuarat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan